MAJLIS PERMUAFAKATAN PEMBANTU MAKMAL
DAERAH REMBAU
( MPPM )
SEJARAH
PENUBUHAN MPPM
Majlis pemuafakatan
pembantu makmal (MPPM) daerah rembau tertubuh pada 10 Jun 2015. Penubuhan MPPM
ini tercetus dari galakan penyelia sains daerah yaitu En. Ismail bin Samah yang
pada ketika itu menginginkan usahasama dan pemuafakatan yang lebih dinamik demi
untuk mencapai sasaran tugas pembantu-pembantu makmal di daerah rembau yang
lebih efisyen dan berkualiti. Tertubuhnya MPPM juga adalah hasil minat dan
muafakat semua pembantu makmal di daerah rembau untuk sama saling bantu
membantu dalam pelbagai masalah berkaitan bidang tugas.
VISI, MISI DAN
BUDAYA
VISI
Wujudkan suasana
kerja yang dinamik.
Merancang dan melaksanakan kursus, bengkel dan
aktiviti yang boleh menambahkan mutu kerja, memghidupkan budaya silaturrahim
antara semua, serta mempertontonkan pada umum tentang kewujudan dan kepentingan
tugas pembantu makmal. Mewujudkan peranan pembantu makmal dalam mencorakkan
mutu pendidikan sains di sekolah.
MISI
Progresif.
MPPM berusaha untuk sentiasa bekerja sama dgn
mana-mana badan kerajaan dalam setiap program anjuran bersama.
BUDAYA
Budayakan sahsiah murni.
Iaitu untuk menjadikan MPPM Rembau sebuah
persatuan yang bersama dalam semua aspek kemasyarakat setempat dalam setiap
program usaha-sama.
OBJEKTIF DAN TUJUAN PENUBUHAN MPPM
- Menambah pengetahuan dalam bidang tugas hakiki.
- Menambah baik mutu kerja.
- Mengadakan budaya kerja yang kondusif
- Berkongsi pengetahuan.
- Mengeratkan silaturrahim sesama ahli.
- Merapkan nilai moral yang tinggi kepada semua pembantu makmal.
- Sebagai medium capaian semasa oleh badan pentadbiran.
- Sebagai medium perhubungan antara kerajaan dan masyarakat setempat melalui kaedah sahsiah murni.
KAEDAH PELAKSANAAN
- Mengadakan perjumpaan demi perjumpaan sesama ahli demi untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli.
- Mengumpulkan maklumat-maklumat pembantu makmal di setiap sekolah di dalam daerah Rembau.
- Mengadakan pertandingan makmal sains.
- Menghubungi agensi-agensi kerajaan berkenaan dengan MPPM untuk tujuan usaha-sama.
- Menjalankan kursus, bengkel dan yang seumpamanya bagi mempertingkatkan mutu kerja.
- Mengedar dan menerangkan kepada ahli pekeliling-pekeliling kerajaan yang terkini.
- Menyampaikan maklumat-maklumat tazkirah dan majlis ilmu di setiap masjid-masjid utama di negeri sembilan bagi tujuan kerohanian.
- Bersama-sama masyarakat setempat manjayakan program-program usaha-sama yang dijalankan.
SENARAI SEKOLAH
DI DAERAH REMBAU
- Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah
- Sekolah Menengah Dato’ Undang Haji Adnan
- Sekolah Menengah Sains Rembau
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas
- Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau
- Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim
- Sekolah Menengah Agama Rembau
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sedia Raja
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
- KV Dato’ Undang Haji Muhammad Sharip
- KV Dato’ Lela Maharaja AKTIVITI
Diperingkat awal ini, MPPM daerah Rembau telah mengadakan beberapa program. MPPM Rembau berazam untuk menambah lagi program dan aktiviti bagi tujuan mencapai matlamat dan objektif MPPM daerah Rembau.
Antara program yang telah berjaya dijalankan adalah:
1.Kursus amali sains bagi memperkasa dan menambah kecekapan kerja.
2.Mengadakan beberapa siri perjumpaan untuk merangka dan memperhalusi perjalanan MPPM Daerah Rembau
3.Menjalankan kursus berkaitan stok dan aset kerajaan.
4.Penyampaian maklumat melalui medium ‘whatsaap’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan